320,000 Pelajar B40 Layak Nikmati Menu Siswa Rahmah
Seramai kira-kira 320,000 pelajar dalam golongan B40 termasuk poliktenik dan kolej komuniti layak menikmati Menu Siswa Rahmah pada harga RM3.50 untuk setiap hidangan.
YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi hari ini berkesempatan meninjau pelaksanaan Menu Siswa Rahmah di Kafe Randau Rasa, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau turut meluangkan masa untuk menikmati makan tengah hari bersama-sama pelajar di sini.
Menu Siswa Rahmah adalah inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi membantu meringankan beban kos sara hidup mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).
Menu Siswa Rahmah ini mula dilaksanakan sejak 2 Januari di semua 20 universiti awam termasuk polikteknik dan kolej komuniti. Pelaksanaan Menu Siswa Rahmah ini dijalankankan dengan kerjasama pengusaha kafeteria/gerai/kiosk/penyediakan perkhidmatan makanan dengan kos kira-kira RM3juta setahun.
Turut hadir YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBhg. Datuk Dr. Mohd. Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg. Prof. Emeritues Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, YBhg. Prof. Ts. Gs. Dr. Mohd Ekhwan Toriman, Naib Canselor UKM, YBhg. Dato’ Seri Ibrahim Hj. Ahmad, Pengerusi Brahim Dewina Group of Companies serta para pelajar UKM.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 3714