Acara Makan Setalam Serikan Program Semarak Kampus Madani, Pererat Ukhwah Sesama Warga
Program Semarak Kampus MADANI diserikan dengan pengisian acara makan setalam iaitu amalan makan dalam satu talam yang dikongsi antara empat hingga lima orang.
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir turut berkesempatan menikmati juadah ini bersama-sama pelajar dan warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS.
Acara ini sebagai amalan menghidupkan sunnah Rasulullah SAW selain mengeratkan hubungan dan ukhwah sesama warga KPT.
Turut sama dalam acara ini ialah Ketua Setiausaha, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dan kepimpinan tertinggi KPT serta UNIMAS.
Turut berlangsung ialah acara ‘Bicara Santai DocZam’ dengan YB Menteri berkesempatan menyampaikan perkongsian mengenai semangat kerja berpasukan.
Selain itu turut berlangsung acara ‘Bedah Buku Bersama DocZam’ dengan ulasan buku ‘The art of followership: how great followers create great leaders and organisations’.
Menampilkan dua panel iaitu Pengarah PITAS, Prof Dr Abdul Halim Busari dan Pelajar UNIMAS, Leong Hymm, sesi berkenaan turut mengupas isu kepimpinan dan bekerja dalam satu pasukan untuk terus maju ke hadapan.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1226