Angola Terokai Peluang Pendidikan Tinggi Di Malaysia

Angola Terokai Peluang Pendidikan Tinggi Di Malaysia

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Angola ke Malaysia, yang berpejabat di Hanoi, Vietnam iaitu TYT Agostinho André de Carvalho Fernandes.

Mewakili KPT, kehadiran rombongan Duta Besar Republik Angola ke Malaysia ini telah disambut oleh Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPT, YBhg. Datin Noorazah Omar.

Pelbagai aspek hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Angola telah dibincangkan khususnya dalam meneroka peluang kerjasama yang baharu dalam bidang pendidikan tinggi.

Menurut Duta Besar Republik Angola ke Malaysia, Kerajaan Angola berhasrat untuk menjalinkan kerjasama antara institusi pendidikan tinggi dua negara dan berhasrat untuk menghantar lebih ramai pelajar bagi melanjutkan pengajian ke Malaysia sekaligus memberi pendedahan kepada mereka mengenai cara dan budaya pengajian yang berbeza dan lebih berkesan, seterusnya meningkatkan tahap kemahiran para pelajar Angola.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1648
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.