Bulan Menabung Simpan SSPN 2023 Kembali, Pupuk Amalan Menabung Rakyat Malaysia

Bulan Menabung Simpan SSPN 2023 Kembali, Pupuk Amalan Menabung Rakyat Malaysia

Sebagai usaha memupuk amalan menabung dalam kalangan rakyat Malaysia, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), telah melancarkan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN di Sunway Pyramid Mall, Selangor, hari ini. Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian.

Bertemakan “Robotik : Ke arah Transformasi Dunia Pendigitalan” dan tagline Jom Jadi Superhero Anak Anda, konsep ini amat signifikan dan selari dengan agenda pendigitalan PTPTN yang memberi fokus kepada usaha menggalakkan penggunaan aplikasi myPTPTN kepada para peminjam dan pendeposit Simpan SSPN untuk urusan yang lebih mudah, cepat dan selamat.

Istimewanya tahun ini, BMS 2023 julung kalinya dilaksanakan menerusi konsep jelajah (road tour) merentasi 14 negeri di lokasi terpilih seluruh Malaysia sepanjang bulan Oktober 2023 iaitu bermula 1 Oktober 2023 hingga 31 Oktober 2023. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk disertai oleh ibu bapa dan anak-anak antaranya Pertandingan Mewarna Simpan SSPN, Pertandingan Action Song Simpan SSPN, PTPTN Esport Challenge (PUBG Mobile), Simpan SSPN Got Talent, Robotik (Robomission), Robotik (Inovasi), Happy Hour, penampilan khas Didi & Friends, selebriti jemputan dan banyak lagi.

Turut diadakan ialah Cabutan BMS 2023 dengan hadiah wang tunai berjumlah RM75,000 kepada seramai 66 pemenang. Majlis hari ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, Lembaga Pengurusan PTPTN, rakan-rakan industri serta tetamu jemputan.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1438
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.