Hab Pendidikan Tinggi Pagoh Sedia Kemudahan Guna Sama Berpusat Bertaraf Dunia

Hab Pendidikan Tinggi Pagoh Sedia Kemudahan Guna Sama Berpusat Bertaraf Dunia

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin pagi tadi telah membuat lawatan ringkas ke Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) di sini bagi mendengar Sesi Taklimat Pembangunan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP).

HPTP yang mengetengahkan konsep Kemudahan Guna Sama Berpusat yang bertaraf antarabangsa untuk kegunaan Institusi-institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di situ.

Berkeluasan kira-kira 200 hektar, hab pendidikan seumpamanya di dunia tersebut turut dikelilingi pembangunan bandar universiti termasuk kawasan penempatan dan pusat komersil baharu.

Sehingga kini, hab itu telah menempatkan Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPKHPTP), Bahagian Pembangunan, KPT, serta kampus-kampus cawangan beberapa IPTA seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan PTSN.

Beliau yang diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar telah diberikan taklimat oleh Pengarah SPKHPTP berkaitan status pembangunan dan kemajuan serta perancangan projek masa depan yang boleh dibangunkan di situ kelak.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari Ismail; serta Naib-naib Canselor universiti awam yang terlibat.

📸 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1533
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.