Impak Dan Peranan Hospital Pengajar Dalam Menjayakan Matlamat Pembangunan, Kemajuan Dan Kesejahteraan

Impak Dan Peranan Hospital Pengajar Dalam Menjayakan Matlamat Pembangunan, Kemajuan Dan Kesejahteraan

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin berkesempatan mengadakan lawatan ringkas ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan melawat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di sini, semalam.

Lawatan ke tapak projek pembangunan Hospital UMS (HUMS) bertujuan untuk melihat perkembangan terkini projek tersebut yang dijangka bakal siap dibina pada hujung tahun hadapan serta mendengar sendiri pembentangan mengenai pembinaan hospital pengajar dan fakulti perubatan dan sains kesihatan tersebut.

Dalam ucapan beliau menegaskan sesebuah hospital pengajar perlu ada tiga elemen penting dalam hubungan hospital universiti bersama komuniti iaitu kewujudan dan keadilan bagi tujuan melakukan rawatan, mengadakan program yang mendidik masyarakat serta melakukan kajian dan penyelidikan.

Beliau juga berharap semoga segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan mengikut perancangan agar sumbangan UMS kepada masyarakat dan negeri Sabah khususnya dapat ditingkatkan, lebih bermakna dan berimpak.

Sebelum itu, YB Menteri turut berkesempatan melawat ke Galeri Azman Hashim yang menempatkan ruang pameran lukisan, promosi dan jualan pelbagai karya berteraskan Borneo oleh pengkarya seni Malaysia.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Prof. Dr. Azlinda Azman; Pengarah Bahagian Education Malaysia, YBhg. Dato' Hj Shushilil Azam Shuib; Setiausaha Bahagian (Bahagian Pembangunan) KPT, Puan Azlinda Binti Azam; serta Naib Canselor UMS, YBhg. Prof. Datuk Dr. Kasim Hj Mansur.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1192
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.