Karnival Sukan KPT Disambut Meriah

Karnival Sukan KPT Disambut Meriah

Sempena Hari Sukan Negara 2023, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga tidak ketinggalan untuk menganjurkan KARNIVAL SUKAN NEGARA peringkat KPT dengan melibatkan pelbagai aktiviti kesukanan bagi warga KPT. Seramai sekitar 500 warga KPT telah bersama-sama memeriahkan karnival ini.

Bagi pelaksanaan acara sukan dalam karnival ini, KPT telah dibahagikan kepada enam (6) sektor dan setiap sektor diwakili oleh peserta dalam acara sukan Street Soccer, Ping Pong, Petanque, Bola Jaring dan Tarik Tali.

Majlis yang berlangsung mulai jam 8.00 pagi ini telah dihadiri oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal dengan diiringi oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Dr Azlinda Azman, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan barisan pengurusan tertinggi kementerian. Majlis dimulai dengan acara senamrobik dan dikuti dengan pertandingan dalam acara-acara sukan yang telah ditetapkan.

Majlis Penutupan dan sesi penyampaian hadiah pula telah disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik, KPT, YBrs. Puan Fazidah Mustafa. Sesi cabutan bertuah turut diadakan pada Majlis Penutupan ini bagi memeriahkan lagi acara penamat program.

Pemenang bagi setiap acara telah membawa pulang wang tunai RM300 bagi Johan, RM200 Naib Johan dan RM100 di tempat ketiga.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan:

1) Street Soccer
Johan : Sektor Pengurusan & Pembangunan (SPP)
Naib Johan : Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT)

Tempat Ketiga : AKEPT & Sektor KSU.
2) Bola Jaring
Johan : JPT
Naib Johan : SPP
Tempat Ketiga : AKEPT & DASAR.

3) Tarik Tali
Johan : JPPKK
Naib Johan : AKEPT
Tempat Ketiga : SPP & JPT.

4) Ping Pong
Johan : JPT
Naib Johan : SPP
Tempat Ketiga : DASAR & JPPKK.

5) Petanque
Johan : DASAR
Naib Johan : AKEPT
Tempat Ketiga : JPPKK & Sektor KSU.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1405
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.