KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Berkenan Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan UIAM

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Berkenan Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan UIAM

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) Kepimpinan pada pagi ini.

Pengiktirafan diberikan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bersempena ulang tahun ke-40 tahun institusi itu.

Ketua Perlembagaan UIAM, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli untuk mempersembahkan anugerah tersebut kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Anugerah diberikan sebagai menghargai sumbangan terhadap kepimpinan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika negara dilanda wabak COVID-19, kemelut politik serta kepimpinan Baginda dari pelbagai aspek dalam dan luar negara; antaranya melalui ketenteraan, sukan dan pentadbiran.

Hadir sama pada majlis ini ialah KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UIPSAS); Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar; Presiden UIAM, YBhg. Tan Sri Samsudin Osman; Rektor UIAM, YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak.

Seramai 800 orang tetamu turut hadir pada majlis tersebut yang terdiri daripada duta-duta asing, pegawai kanan Universiti, kakitangan, para pelajar, Alumni UIAM dan jemputan-jemputan khas.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1966
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.