Kerjasama Erat KPT Dan GITC Tingkatkan Kebolehpasaran Graduan TVET

Kerjasama Erat KPT Dan GITC Tingkatkan Kebolehpasaran Graduan TVET

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Pengarah Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri (GITC) pada pagi ini yang diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Soh Thian Lai.

Dalam pertemuan ini, YB Menteri mengalu-alukan kerjasama yang erat di antara KPT dan GITC bagi memastikan setiap graduan yang dihasilkan dapat memenuhi keperluan semasa industri. Pada masa sama, setiap IPT terlibat dapat mencangkupi kurikulum bersesuaian dengan piawaian industri dan lapangan.

GITC yang diterajui industri terlibat secara langsung dalam pembangunan modal insan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara.

Ia merupakan pihak yang dilantik untuk memantau dan menjadi penasihat untuk perkembangan TVET negara. Ia juga ditubuhkan bagi bersama-sama dengan KPT dan 11 kementerian lain dalam memastikan segala perancangan dah hala tuju TVET mencapai objektif yang ditetapkan.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 314
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 02 Mei 2024, 17:12:18.