Kerjasama Strategik Malaysia-Libya Bantu Perkukuhkan Sektor Pendidikan Tinggi Negara

Kerjasama Strategik Malaysia-Libya Bantu Perkukuhkan Sektor Pendidikan Tinggi Negara

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir pada petang ini telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi, Penyelidikan Sains (MoHESR) Libya, TYT Dr. Saleh Khalifa Algoul bersama Timbalan Presiden Majlis Tertinggi Negara Libya, TYT Dr. Omer Khaled Al-Obedi serta delegasi Kerajaan Libya yang lain.

Semasa sesi kunjungan hormat tersebut, kedua-dua pihak telah membincangkan beberapa perkara berkaitan kemajuan pendidikan tinggi termasuklah cadangan-cadangan program kerjasama yang akan diadakan; antara lain termasuklah pembaharuan Memorandum Persefahaman (MoU), inisiatif penyelidikan bersama, jaminan kualiti dan kelayakan, mobiliti pelajar serta cadangan untuk membuka sebuah institusi pendidikan tinggi kerjasama antara Malaysia dan Libya.

Penerokaan peluang-peluang kerjasama yang baharu ini juga dilihat akan memberikan impak positif dan faedah kepada hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara khususnya dalam aspek pendidikan tinggi negara. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 312
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 07 Mei 2024, 11:16:48.