Ketua Setiausaha KPT merasmikan Panduan Pelaksanaan EKSA

Ketua Setiausaha KPT merasmikan Panduan Pelaksanaan EKSA

YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah merasmikan Panduan Pelaksanaan EKSA, KPT di Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, KPT pada 25 Mei 2022 semasa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPT.

Acara pelancaran ini sebagai simbolik penglibatan Pengurusan Tertinggi dalam usaha Kementerian ke arah untuk mendapatkan pensijilan EKSA. Usai pelancaran, majlis diteruskan dengan tayangan video berhubung pembudayaan dan pelaksanaan EKSA peringkat Kementerian.

KSU KPT juga memohon kerjasama warga KPT agar pelaksanaan EKSA akan terus dibudayakan dan KPT akan menerima persijilan EKSA seperti yang dirancang.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3185
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:19:27.