KPT Dan Universiti Tsinghua Perkukuh Hubungan Dua Hala Dalam Bidang Pendidikan Tinggi

KPT Dan Universiti Tsinghua Perkukuh Hubungan Dua Hala Dalam Bidang Pendidikan Tinggi

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud hari ini menerima kunjungan hormat daripada Dr. Chen Tianhao, Associate Professor Universiti Tsinghua bersama delegasi daripada Universiti Tsinghua di pejabatnya hari ini.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk membincangkan kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi antara institusi pendidikan tinggi di Malaysia dan Universiti Tsinghua.

Selain itu, Universiti Tsinghua juga turut memperkenalkan program MBA-EMBA yang dijalankan secara usahasama dengan City University of Hong Kong.

Program sarjana ini merupakan satu program yang memberi penekanan terhadap kepimpinan dan pengurusan dalam sektor awam dan swasta. Kebanyakan pelajar daripada program ini merupakan golongan profesional yang telah bekerja dengan pengalaman 3-15 tahun dalam kerajaan, NGO dan sektor perniagaan.

Hadir sama dalam sesi ini ialah Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datin Noorazah Omar. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 630
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 29 April 2024, 11:06:20.