KPT Rai Atlet IPT Sumbang Emas Sukan SEA Kemboja 2023

KPT Rai Atlet IPT Sumbang Emas Sukan SEA Kemboja 2023

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah turut menyampaikan insentif kepada para atlet IPT yang telah mencatatkan kecemerlangan pada Sukan SEA Kemboja 2023 bulan lalu.

Kementerian Pendidikan Tinggi memperuntukkan insentif sebanyak RM 2,000 kepada setiap atlet IPT yang berjaya membawa pulang pingat emas dengan saudari Tan Cheong Min, pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai penerima terbanyak apabila berjaya menggondol 2 pingat emas bagi sukan Wushu.

Pada Sukan SEA Kemboja 2023 lalu, seramai 31 atlet IPT telah mengharumkan nama negara dengan memenangi 20 pingat emas melibatkan 9 jenis sukan.

Dalam sidang akhbar bersama media, YB Menteri menyatakan komitmen KPT untuk menyokong pembangunan sukan negara dengan terus melahirkan atlet negara yang cemerlang dari IPT awam dan swasta.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1399
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.