KSU mempengerusikan secara bersama Mesyuarat Kumpulan Kerja (Joint Working Group – JWG) antara KPT dengan British Malaysian Chamber of Commerce (BMCC)

17 Februari 2022

YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini telah mempengerusikan secara bersama Mesyuarat Kumpulan Kerja (Joint Working Group – JWG) antara KPT dengan British Malaysian Chamber of Commerce (BMCC) yang diketuai oleh Prof. Mushtak Al-Atabi, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Tinggi.

Mesyuarat JWG KPT-BMCC yang diadakan buat julung kali ini adalah bertujuan untuk membincang serta meneroka peluang kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi antara KPT dengan BMCC berlandaskan dua (2) tema strategik yang telah dipersetujui iaitu Empowering the Education Digitalisation Agenda dan Strengthening Graduates’ Marketability.

Antara wakil KPT yang turut hadir termasuklah YBhg. Dato' Dr. Mohammad Shatar bin Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad, Pengarah, Bahagian Kecemerlangan Akademik, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT); Puan Yusma Yusof, Pengarah, Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Puan Normalia Ibrahim, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar (BPPD).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7516
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:19:27.