KSU menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad

YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. En. Mohd Muazzam Mohamed, Ketua Pengarah Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad di pejabatnya pada hari ini.

Sesi kunjungan hormat ini bertujuan untuk memberikan penerangan mengenai inisiatif program pembiayaan bagi usahawan muda di IPT. Inisiatif ini adalah tanda solidariti kepada usahawan muda yang berjaya bermula dari IPT selaras dengan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2021-2025. Pelan yang berfokuskan kepada tiga teras strategi iaitu memantapkan ekosistem keusahawanan yang bersinergi dan holistik, memperkasa jaringan keusahawanan yang berimpak tinggi dan menekankan kepada keusahawanan yang berteraskan inovasi dan teknologi dijangka akan mampu membina ekonomi negara ke arah yang lebih terancang.

Turut hadir bersama dalam sesi kunjungan hormat ini ialah YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Ketua Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan) KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7585
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:19:27.