KSU Menerima Kunjungan Hormat Kumpulan Universiti MAHSA

KSU Menerima Kunjungan Hormat Kumpulan Universiti MAHSA

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah meluangkan masa untuk menerima kunjungan hormat dari delegasi Kumpulan Universiti MAHSA yang diketuai oleh pengarah urusannya iaitu Dato’ Dr. Shahril Prof. Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohamed Haniffa di KPT tengahari tadi.

Turut bersama dalam pertemuan tersebut ialah Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT serta ahli-ahli delegasi dari MAHSA.

Dalam pertemuan tersebut, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak telah menerima taklimat ringkas berkenaan pelbagai perkara melibatkan pentadbiran, pembangunan dan hal ehwal pelajar serta hala tuju Universiti MAHSA dari YBhg. Dato' Dr Shahril.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6058
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.