KSU Sertai Larian Santai Anjuran Biro Sukan & Rekreasi, Kelab Sukan Dan Kebajikan KPT

KSU Sertai Larian Santai Anjuran Biro Sukan & Rekreasi, Kelab Sukan Dan Kebajikan KPT

YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah meluangkan masa bersama-sama warga KPT menyertai sesi larian santai / brisk walk di sekitar Presint 5, Putrajaya.

Program anjuran Biro Sukan & Rekreasi, Kelab Sukan dan Kebajikan KPT dengan kerjasama MOHE Runners Club (MRC) ini bertujuan membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga KPT di samping sebagai platform untuk merapatkan hubungan silaturahim antara warga KPT.

Pelbagai program telah dirangka oleh Biro Sukan & Rekreasi Kelab KPT seperti senaman berkumpulan, senamrobik piloxing, larian santai mingguan dan aktiviti mendaki gunung.

Turut serta sesi larian santai / brisk walk ini ialah YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), pegawai-pegawai kanan serta warga KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3695
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 06 Disember 2024, 10:19:49.

logo-sirim