KSU Sertai Program Kayuhan Bersama KSN

KSU Sertai Program Kayuhan Bersama KSN

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang menyertai 'Program Putrajaya Inter-Park Ride 2024 Kayuhan Bersama Ketua Setiausaha Negara' di sekitar Putrajaya pagi tadi.

Program kayuhan basikal itu diketuai oleh KSN, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali bermula dari Puspanita Puri, Presint 10 dan berakhir di Sisiran Tasik, Presint 4 dengan jarak sejauh 19 kilometer.

Ia turut disertai oleh Ketua Setiausaha daripada beberapa Kementerian, pengurusan tertinggi Kementerian dan komuniti berbasikal di Putrajaya.

KPT turut menghantar wakil ke program berkenaan bagi menyahut seruan KSU untuk warganya terus mengamalkan gaya hidup sihat.

Selain daripada aktiviti berbasikal, warga kementerian serta penjawat awam lain turut berkesempatan berjumpa dan beramah mesra dengan kepimpinan tertinggi kerajaan.

Berbasikal merupakan salah satu senaman yang baik untuk menyihatkan tubuh badan secara keseluruhan.

Bukan sahaja dapat melatih ketahanan mental, tetapi ia juga baik dalam kelestarian alam sekitar. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1293
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 30 Oktober 2024, 10:30:11.

logo-sirim