Kunjungan Hormat daripada Duta baharu Republik Arab Mesir ke Malaysia

YB. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menerima kunjungan hormat daripada Duta baharu Republik Arab Mesir ke Malaysia, TYT Ragai Tawfik Said Nasr di pejabatnya pada hari ini.

Sesi perjumpaan ini adalah bagi memperkenalkan dirinya sebagai Duta baharu Republik Arab Mesir ke Malaysia kepada YB Menteri Pengajian Tinggi. Dalam perjumpaan ini, mereka juga telah membincangkan pelbagai aspek hubungan dua hala antara Malaysia dan Mesir dalam bidang pendidikan tinggi termasuk pembaharuan Memorandum Persefahaman (MoU) dan isu berkaitan visa pelajar Malaysia di Mesir.

YB Menteri turut menyatakan komitmen Malaysia untuk terus menjalin hubungan baik dengan Mesir melalui program kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi yang sedang berjalan dan program kerjasama baharu yang akan dilaksanakan di antara kedua-dua buah negara.

Turut hadir YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha, KPT, YBrs. Dr.Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg. Prof Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohammad Shatar Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), YBhg Dato’ Shaharuddin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, YBhg. Datin Noorazah Omar, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Dr. Shamsuri Abdullah, Pengarah Bahagian Koordinasi TVET, JPPKK

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 8369
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:19:27.