Kunjungan Hormat daripada Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

4 Januari 2022 | Kunjungan Hormat Presiden UIAM

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah menerima kunjungan hormat daripada Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pertemuan di pejabat KSU pada tengah hari tadi telah turut disertai oleh Dr. Mohd. Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT.

Dalam kunjungan tersebut, KSU telah menerima penerangan ringkas daripada Presiden UIAM mengenai UIAM serta fungsi dan peranan Board of Governors (BOG) UIAM berikutan pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengerusi BOG tempohari.

Tan Sri Dr. Mohd Daud telah turut menghadiahkan 4 naskhah buku karangan beliau sebagai tanda penghargaan kepada KSU kerana sudi menerima kunjungan beliau hari ini.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6360
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:19:27.