KPT - Kunjungan Hormat Daripada Wakil Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp)

Kunjungan Hormat Daripada Wakil Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp)

30 November 2020, Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi menerima kunjungan hormat daripada wakil Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) yang ketuai oleh Encik Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama yang boleh dijalankan antara kedua-dua pihak terutamanya berkaitan dengaan kebolehpasaran pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) negara. Antara cadangan yang diusulkan adalah Pemerkasaan Pusat Kerjaya Institusi Pendidikan Awam dan Swasta Pasca COVID-19 dan Pentauliahan Kejurulatihan Kerjaya dan Intervensi Kebolehpasaran Graduan. Turut serta adalah YBrs. Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT dan Datuk Rosli bin Yaakub. Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT.

WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1434
Logo KPT
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Rabu 01 Disember 2021, 16:53:32.