Kunjungan Hormat Daripada YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang

12 November 2020, YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini menerima kunjungan hormat daripada YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang.
Dalam pertemuan ini, beliau berbincang peranan yang boleh dimainkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kerajaan Negeri Pahang dalam memperkukuhkan kerjasama dalam pembangunan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negeri Darul Makmur itu.
Selain itu, perbincangan tersebut turut merangkumi cadangan-cadangan antaranya berkait dengan penarafan, meningkatkan fasiliti-fasiliti IPT dan kajian semula standard program bagi semua program IPTS di Pahang.
Turut serta Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5068
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.