Lawatan Kerja YBTM Ke UiTM Sabah

Lawatan Kerja YBTM Ke UiTM Sabah

Menjengah UiTM Sabah selaku universiti awam tertua di Sabah, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud mengadakan sesi lawatan kerjanya di sini pagi tadi.

Bulan depan, genap 51 tahun UiTM Cawangan Sabah ditubuhkan dan sehingga kini memiliki dua buah kampus iaitu Kampus Kota Kinabalu dan Kampus Tawau dengan memiliki kekuatan warga kerja seramai 466 orang. Manakala jumlah pelajar kini mencecah lebih 5,000 orang melibatkan tujuh fakulti secara keseluruhannya.

YB Timbalan Menteri dalam sidang medianya berkata, meski pun prasarana di UiTM telah menjangkau 50 tahun, namun terus gah berpotensi melahirkan ramai graduan yang berkebolehan dan memenuhi permintaan industri.

Terdahulu, YB Timbalan Menteri diiringi Rektor UiTM Cawangan Sabah, Dr. Rozita @ Uji Mohammed meninjau kawasan sekitar kampus seterusnya berbincang berkaitan isu dan cabaran yang dihadapi oleh UiTM Cawangan Sabah dalam memperkasa pendidikan terutamanya dalam kalangan pribumi dan Bumiputera Sabah sesuai dengan 50 tahun kewujudannya agar terus kekal relevan.

Tidak ketinggalan, YB Timbalan Menteri turut beramah mesra dengan Pengurusan Kanan, Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) dan Majlis Perwakilan Pelajar 2023/2024 UiTM Cawangan Sabah. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1553
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 06 Disember 2024, 10:19:49.

logo-sirim