Lawatan YBM Menteri Pengajian Tinggi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UiTM Melaka

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UiTM Melaka di Alor Gajah hari ini.

Setiba di PPV UiTM Melaka, beliau diberikan taklimat mengenai pengoperasian PPV UiTM Melaka oleh YBrs. Prof. Dr. Abdul Halim Mohd Noor, Rektor UiTM Melaka.

Beliau kemudiannya melawat lokasi pemberian vaksinasi di Dewan Taming Sari.

PPV UiTM Melaka mula beroperasi pada 16 Jun 2021. Sehingga 30 Ogos 2021, PPV berkenaan telah memberikan suntikan dos vaksin Covid-19 kepada hampir 46,000 penerima.

YB Datuk Seri Dr. Noraini juga sempat bertemu dan menyampaikan bungkusan makanan kepada sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers atau MyVAC MyVAC ditubuhkan Kerajaan untuk membantu dalam pelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi.

Turut hadir ialah Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Prof. Ts Dr Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6685
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.