LIMA'23: YB Menteri Kunjung Reruai Rakan Strategik IPT

LIMA'23: YB Menteri Kunjung Reruai Rakan Strategik IPT

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah berkesempatan singgah ke beberapa reruai rakan strategik Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang terlibat dengan LIMA'23.

Antaranya Havelsan, syarikat perisian dan sistem Turkiye; serta Destini Berhad, yang merupakan syarikat tempatan yang terlibat dengan industri berat, pertahanan, minyak dan gas.

Sempat juga beliau ke reruai Kementerian Pengangkutan untuk melihat pameran yang dipaparkan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebelum meninjau beberapa reruai lain yang menyerikan penganjuran LIMA edisi ke-16 ini.

Beliau telah diiringi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar serta delegasi KPT yang lain.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1212
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.