MAAC Diseru Sumbang Kesarjanaan Jayakan Dasar Kerajaan

MAAC Diseru Sumbang Kesarjanaan Jayakan Dasar Kerajaan

YB. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menerima kunjungan daripada delegasi Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) di pejabatnya pagi tadi.

MAAC yang diketuai oleh Presidennya, YBhg. Prof. Dr. Ahmad Ismail telah menemui YB Menteri untuk membincangkan peranan mereka dalam isu-isu semasa berkaitan kebajikan ahli akademia di universiti awam Malaysia.

Dalam pertemuan tersebut. YB Menteri turut menyeru MAAC dan anggotanya untuk bersama-sama KPT dalam menjayakan perancangan dasar negara terutamanya yang berfokuskan kepada STEM serta Program Pemindahan Pengetahuan (KTP).

Kerjasama serta kepakaran anggota MAAC turut diperlukan dalam mengadakan siri-siri diskusi yang mampu melahirkan cadangan serta solusi yang mampu membantu Kerajaan untuk menangani isu-isu yang membebani rakyat dan negara.

Hasrat ini sesuai dengan azam YB Menteri untuk melihat kesarjanaan para akademia dapat menyumbang kepada pembangunan Malaysia yang madani di samping mempersada kecemerlangan pendidikan tinggi negara.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2536
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 23 April 2024, 10:59:17.