Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Di Antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Melalui Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) Dengan Female Entrepreneurs Worldwide (FEW)

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menyempurnakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) dengan Female Entrepreneurs Worldwide (FEW) di Bangunan Canselori, UKM hari ini. Melalui MoU ini para pelajar di UKM dapat menimba ilmu Kepimpinan Keusahawanan Wanita secara percuma menerusi portal FEW. UKM dan FEW juga akan membantu usahawan wanita dari golongan B40 melalui program konsultasi dalam talian khas yang akan dijalankan dalam bahasa kebangsaan. Peluang penyelidikan dan kajian antara kedua belah pihak juga amat besar. Diharap peluang keemasan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pelajar dan para pensyarah wanita UKM khususnya. UKM telah diwakili oleh YBhg. Prof. Dato'. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor manakala FEW diwakili oleh Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif FEW, YBrs. Cik Anna Wong. Female Entrepreneurs Worldwide (FEW) merupakan organisasi yang menyediakan platform holistik pengajaran, konsultasi dan jaringan pelbagai bidang keusahawanan wanita di peringkat Antarabangsa secara dalam talian. Turut hadir ialah YBrs. Dr. Mohd. Zabri bin Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengajian Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5814
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.