Majlis Penutup Dan Karnival Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi: Memperkasa Usahawan Siswa

Majlis Penutup Dan Karnival Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi: Memperkasa Usahawan Siswa

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Bin Megat Ahmad Supian, hari ini telah menyempurnakan Majlis Penutupan Karnival Keusahawanan KPT yang diadakan di Dewan Za’ba KPT.

Turut hadir dalam majlis penutup ini ialah Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik, YBrs. Puan Fazidah binti Mustafa; Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, YBhg. Professor Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor selaku penganjur bersama; Naib-naib Canselor Universiti Awam; wakil IPT swasta; rakan kolaborasi strategik dan pegawai-pegawai kanan KPT.

Karnival Keusahawanan yang berlangsung pada hari ini adalah penutup bagi keseluruhan empat (4) siri karnival yang telah diadakan sebelum ini di Zon Timur, Zon Utara, Zon Selatan dan Zon Borneo.

Siri karnival sebelum ini telah melibatkan seramai 2,296 orang mahasiswa dari pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi dan sejumlah 141 orang usahawan siswa/graduan telah turut sama dalam pembentangan rancangan perniagaan (Business Pitching).

Pada karnival ini, KPT telah mengundang seramai 76 usahawan yang terdiri daripada pemenang dan peserta dalam pelbagai Program Keusahawanan peringkat nasional anjuran KPT untuk membentangkan rancangan perniagaan mereka. Penilaian dan penjurian dibuat oleh panel dari TEKUN Nasional dan Bank Rakyat.

Selain itu, turut diadakan forum yang bertajuk “Kelestarian Usahawan Muda: Cabaran dan Solusi” dan sesi taklimat oleh rakan kolaborasi strategik serta sesi business pitching yang dijalankan serentak.

Majlis penutupan karnival keusahawanan pada hari ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Norman Abdul Halim, Presiden & CEO KRU Group serta selebriti dan influencer iaitu Haziq Rosebi (penyanyi lagu Lemak Manis), Hazeman Huzair (Content Creator and Trainer) dan Muhammad Faiz Safwan Abdul Rahim (Pemilik Superbike Crew).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2737
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.