Menteri & Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Beramah Mesra Bersama Warga Politeknik Kota Kinabalu
Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan Timbalan Menteri, Datuk Ts. Mustapha Sakmud meluangkan masa beramah mesra bersama 350 warga Politeknik Kota Kinabalu (PKK) dalam satu majlis sempena Sambutan Hari Raya PKK 2024 bertempat di Dewan Rafflesia Politeknik Kota Kinabalu.
Majlis yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim warga KPT dan PKK ini telah dimeriahkan dengan penyerahan Geran Aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Kinabalu daripada Yayasan Perkasa Siswa bernilai RM5,000 dan telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi kepada Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar PKK, Abdullah Arinin.
Sesi ramah mesra bersama warga PKK ini turut diceriakan lagi dengan lawatan ke tapak pameran projek pelajar dan penyerahan duit raya kepada 200 pelajar yang hadir.
Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Mohd Zahari Ismail, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Timbalan Pengarah Akademik PKK, Abdul Razak Mohd Daim.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1115