Mesyuarat Jawatankuasa Nasional Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) 2022

7 Februari 2022

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Nasional Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) 2022 bertempat di KPT pagi tadi.

Mesyuarat yang melibatkan 15 Kementerian, agensi-agensi serta wakil-wakil industri yang berkaitan telah berhimpun pagi ini untuk pembentangan laporan berkenaan pencapaian dan isu-isu berbangkit berkenaan pemerkasaan PSH.

KPT sebagai peneraju turut memperuntukkan sidang mesyuarat hari ini untuk membincangkan strategi serta hala tuju PSH kebangsaan supaya dapat mencapai pelbagai sasaran yang ditetapkan selaras dengan pelbagai dasar dan polisi kerajaan sedia ada.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, dan Dato' Shaharudin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan dan Dasar Strategik KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 8066
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.