Naib Canselor UMPSA Adakan Kunjungan Hormat Kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi

Naib Canselor UMPSA Adakan Kunjungan Hormat Kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin pada pagi ini telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Prof. Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin yang telah dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bagi tempoh satu (1) tahun berkuat kuasa 1 November 2023 hingga 31 Oktober 2024.

YB Menteri turut merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan semula YBhg. Dato’ Prof. Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin dan berharap agar beliau dapat meneruskan prestasi yang cemerlang dalam memacu UMPSA sebagai sebuah universiti teknikal yang berteraskan teknologi dan kejuruteraan dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi bagi memenuhi kehendak industri dalam bidang berkaitan serta objektif sosio ekonomi negara.

Di samping itu, Kementerian juga menghargai usaha yang digembleng oleh UMPSA dalam memperkasakan High TVET untuk menarik lebih ramai minat pemain industri dan graduan untuk menceburi bidang ini.

Turut hadir dalam sesi kunjungan ini ialah YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 785
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.