Pelancaran Pameran 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, di Pusat Persidangan Kuala Lumpur, KLCC

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menghadiri pelancaran Pameran 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri, di Pusat Persidangan Kuala Lumpur, KLCC petang tadi.

YB Datuk Seri Dr. Noraini turut melawat booth KPT yang berkonsepkan futuristik, dimana beliau telah disambut oleh Mr Tips, cosplay robotik oleh para pelajar Kolej Komuniti Selayang serta pameran robotik oleh Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak.

Pada majlis tersebut, beliau telah menyaksikan penyerahan surat tawaran kerja kepada para graduan serta diberikan taklimat mengenai pergerakan program yang akan berlangsung sehingga 12 Disember 2021.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6125
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.