Pelantar Pendidikan Tinggi Micro Credential “Kolektif” Landasan Penting Dalam Usaha Pemerkasaan Pendidikan Tinggi Secara Digital

Pelantar Pendidikan Tinggi Micro Credential “Kolektif” Landasan Penting Dalam Usaha Pemerkasaan Pendidikan Tinggi Secara Digital

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini berada dalam landasan yang tepat dalam usaha pemerkasaan pendidikan tinggi secara digital di Malaysia. Hari ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berganding bahu dengan Malaysian Academic Consortium Sdn. Bhd. yang dikenali sebagai MAC untuk menjayakan program micro credentials melalui platform yang lebih terbuka dan bersepadu yang dikenali sebagai Pelantar Micro Credential “Kolektif”.

Majlis pra pelancaran pelantar ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi di Putrajaya.

Platform ini dibangunkan bagi kegunaan ekosistem pendidikan tinggi di Malaysia dan aksesnya terbuka kepada semua universiti awam. Platform ini juga direka khusus untuk memenuhi keperluan digitalisasi negara melalui pengajaran dan pembelajaran secara atas talian dan hibrid.

Melalui ucapannya, YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman, Naib Canselor UKM berkata, “keunikan hala tuju UKM bersama MAC adalah kaedah penyampaian perkhidmatan yang diberikan melalui micro credentials yang akan menggunakan automasi dan teknologi baharu seperti Artificial Intelligence atau AI”.

Selain itu, beliau turut memaklumkan pendekatan pembelajaran melalui platform ini juga akan memberikan penjimatan yang ketara kepada UKM dan institusi pendidikan tinggi (IPT) yang lain di samping melonjakkan inovasi pembelajaran sedia ada dengan kebolehan digital dan teknologi terkini”.

Majlis pada hari ini turut menyaksikan Acara Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara MAC dan UKM. MAC diwakili oleh YBhg. Dato’ Dr. Shahril YB Senator Profesor Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohamed Haniffa, Ketua Eksekutif MAC manakala UKM diwakili oleh Naib Canselornya. MoA ini disaksikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dan YB Senator Profesor Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohamed Haniffa, Pengerusi Eksekutif, MAHSA Sdn. Bhd.

Selain, itu turut diadakan Acara Menandatangani Surat Niat (Letter of Intent) bersama-sama 9 buah IPT yang lain.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2369
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.