Pengurusan KPT Bincang Hala Tuju Tahun 2024

Pengurusan KPT Bincang Hala Tuju Tahun 2024

Seminar Perancangan Hala Tuju Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Tahun 2024 yang diadakan buat julung kalinya bermula hari ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian di sini siang tadi.

Objektif seminar dua (2) hari ini dianjurkan untuk merangka hala tuju strategik KPT bagi tahun 2024 serta mencadangkan program/inisiatif yang boleh dilaksanakan tahun depan berdasarkan kepada lima (5) kluster yang ditetapkan iaitu Penyediaan Bakat; Penyelidikan dan Inovasi; Pemindahan dan Perkongsian Ilmu; Pengantarabangsaan dan Ekosistem Pemboleh Daya.

Penganjuran seminar dua hari ini telah dijayakan oleh keseluruhan pengurusan tertinggi kementerian, jabatan dan agensi di bawah KPT, dengan jumlah penyertaan seramai 150 orang peserta.

Pada majlis tersebut, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany yang sedang memangku tugas sebagai Ketua Setiausaha KPT telah turut melancarkan Pelan Strategik KPT 2023-2025.

Dokumen tersebut mengandungi empat (4) teras strategik, 15 strategi dan 52 program berimpak tinggi yang dirangka bagi memacu visi dan misi kementerian ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab bakat dan pengetahuan terunggul di rantau ini.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2475
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.