Penubuhan Kampus Cawangan University Tsukuba Perkukuh Hubungan Malaysia-Jepun

Penubuhan Kampus Cawangan University Tsukuba Perkukuh Hubungan Malaysia-Jepun

KPT telah memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) dengan kerajaan Jepun bagi pembukaan kampus cawangan Universiti Tsukuba di Malaysia.

MoC tersebut merakamkan detik bersejarah kepada sektor pendidikan tinggi kedua-dua negara apabila Malaysia telah dipilih menjadi negara asing pertama bagi mana-mana IPT dari Jepun membuka kampus cawangan luar negaranya.

Memorandum itu telah ditandatangani antara YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin bagi kerajaan Malaysia, manakala untuk kerajaan Jepun pula telah diwakili oleh TYT Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun ke sini.

Menduduki senarai antara 10 IPT awam terbaik di Jepun, pembukaan cawangan Universiti Tsukuba yang telah ditubuhkan semenjak 1872 itu di sini bakal memenuhi azam KPT untuk menjadikan Malaysia sebagai hab bakat dan pusat pengetahuan terulung di peringkat global.

Pemilihan ini juga merupakan satu pengiktirafan tertinggi kepada dunia akademia negara dan keyakinan yang diberikan oleh kerajaan Jepun ini akan disambut baik oleh KPT dengan siri kerjasama dan kolaborasi strategik melibatkan pelbagai sektor antara Malaysia-Jepun.

Hadir sama YB. Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT serta pegawai kanan dari KPT dan Kedutaan Jepun

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3565
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 21 Jun 2024, 11:11:29.