PETRONAS Taja Pelajar Cemerlang Lanjut Pengajian Tinggi Menerusi PESP

PETRONAS Taja Pelajar Cemerlang Lanjut Pengajian Tinggi Menerusi PESP

YB. Menteri Pengajian Tinggi telah menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Penajaan Pendidikan PETRONAS 2022 (PESP) yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri di KLCC hari ini.

Pada majlis itu, seramai 600 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 menerima tajaan di bawah PESP membabitkan peruntukan lebih RM340 juta yang menjadi jumlah tajaan tahunan tertinggi.

Selain itu, YAB Perdana Menteri turut mengumumkan kenaikan dua elaun untuk pelajar di bawah tajaan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) berkuatkuasa serta merta.

Pertama, kenaikan elaun buku dan peralatan belajar daripada RM1,000 kepada RM1,500 untuk pelajar di Malaysia dan tambahan RM500 untuk pelajar di luar negara.

Kedua, pelajar yang baru menerima penajaan PESP, elaun induksi akan dinaikkan daripada RM4,500 kepada RM5,000.

Kenaikan elaun itu membabitkan 2,267 pelajar yang melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.

Turut hadir YB Datuk Mohamad Haji Alaman, Timb. Menteri Pendidikan II, YBhg. Datuk Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT dan YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Bakke Salleh, Pengerusi Petronas.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1594
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini terakhir: Jumaat 31 Mac 2023, 08:27:14.