PM Rasmi Wacana Pemikir Global 2024 Anjuran Universiti Malaya

PM Rasmi Wacana Pemikir Global 2024 Anjuran Universiti Malaya

PM RASMI WACANA PEMIKIR GLOBAL 2024 ANJURAN UNIVERSITI MALAYA

Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan Wacana Pemikir Global 2024 bertemakan “The Next 100 years: Vision 2100 for Malaysia” yang diadakan di Universiti Malaya (UM) pagi tadi.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir yang mengiringi YAB Perdana Menteri telah turut menyampaikan ucapan pembukaan beliau.

Wacana ini dianjurkan bagi mengumpulkan para akademik dan juga pakar terkemuka negara untuk berbincang dan berbahas memfokuskan kepada isu-isu kritikal yang akan dihadapi Malaysia dalam masa 100 tahun akan datang.

Pakar terkemuka negara dan juga pihak berkepentingan daripada kerajaan, ahli akademik dan industri merupakan panel-panel yang hadir bagi menyampaikan dan berkongsi pendapat dalam wacana ini, termasuklah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Selain beliau, panel yang turut hadir menyampaikan syarahan global bertajuk “ASEAN to 2050” Towards a Future of Sustainable Development” adalah Profesor Dr. Jeffrey D. Sachs, Presiden UN Sustainable Development Solutions Network.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud serta Naib Canselor UM, Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 349
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.