Program Cakna Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)

Program Cakna Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi malam tadi telah meluangkan masa menziarahi masyarakat Orang Asli di Sg. Buah dalam Program Jom Sahur KPT X YSS Prihatin anjuran Sukarelawan Siswa.

Melalui program ini, pek-pek makanan sahur, bantuan raya dan bakul makanan telah diagihkan kepada 80 buah keluarga Orang Asli di 3 buah kampung, iaitu Kg. Orang Asli Sungai Buah Dalam (Kelebang), Kg. Orang Asli Sungai Buah dan Kg. Orang Asli Bukit Tunggul.

YB Menteri turut mengadakan lawatan rumah ke rumah bagi menyampaikan sumbangan pek makanan sahur, bantuan raya dan bakul makanan. Semoga penyerahan sumbangan ini dapat juga menceriakan sambutan masyarakat Orang Asli.

Hadir sama Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU Pengurusan & Pembangunan, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian TKSU Dasar, Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Encik Wong Kin Lun, Ketua Pegawai Eksekutif YSS dan Encik Wan Ahmad Hazman Wan Daud, Timbalan Pengerusi YSS.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5243
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 18:41:18.