Program ICCA@POLYCC 2024 Dan CREPROP 2024 Melabuh Tirai

Program ICCA@POLYCC 2024 Dan CREPROP 2024 Melabuh Tirai

Program Industry Collaboration and Career Development (ICCA@POLYCC 2024) dan Program Creative Project Presentation (CREPROP 2024) telah melabuhkan tirainya dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang menyempurnakan majlis penutupnya di Politeknik Seberang Perai, siang tadi.

Program yang bermula 14 Mei ini turut menyaksikan Sesi Penyampaian Surat Niat (Letter Of Intent) oleh Politeknik Seberang Perai kepada 11 rakan industri. Ia merupakan salah satu inisiatif dalam usaha memperluaskan lagi kerjasama strategik antara kedua pihak ini.

Beliau turut menyampaikan Hadiah Projek Terbaik kepada pelajar yang terpilih bagi setiap Jabatan.

Dalam pada itu, KSU turut menghadiri satu Sesi Town Hall berkenaan Kajian Rang Undang-Undang Politeknik dan Kolej Komuniti yang dianjurkan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti serta Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA(UiTM).

Program ini turut berlangsung di Politeknik Seberang Perai dan telah dihadiri oleh Pengarah-Pengarah dan Timbalan-Timbalan Pengarah dari beberapa buah Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik, Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 875
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 Julai 2024, 03:15:30.

logo-sirim