Program Khas Perkasa Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Komuniti MADANI Kota Tinggi Tarik Minat Warga Setempat

Program Khas Perkasa Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Komuniti MADANI Kota Tinggi Tarik Minat Warga Setempat

Penganjuran Program Khas Perkasa Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Komuniti MADANI untuk warga Kota Tinggi oleh Kolej Komuniti Kota Tinggi telah berjaya memberi pendedahan mengenai manfaat pelbagai kursus pendek PSH untuk warga setempat.

Dalam ucapannya, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, biarpun fokus dan kekuatan Kolej Komuniti berbeza dengan Universiti Awam (UA) dan Politeknik ia tetap penting sebagai medan ilmu yang menyediakan ruang dan peluang kepada masyarakat untuk menambah baik kemahiran, kelayakan dan daya saing.

Lebih unik, ia juga adalah institusi yang berhubung terus dengan masyarakat setempat sambil menggalas peranan kritikal dalam konteks mengupayakan masyarakat setempat.

Ia dilaksanakan melalui kursus-kursus pendek dan latihan kemahiran yang bersesuaian dengan bentuk operasi dan kursus-kursus yang pelbagai dengan sasaran kepada kumpulan berbeza.

Dalam program tersebut siang tadi, warga Kota Tinggi telah menyertai kursus 'Smart Phone Photography'; urutan refleksologi; pemasaran media sosial; pembuatan ibu rempah, makanan sejuk beku, tauhu, tempe, mee kuning; ukiran buah-buahan; jahitan kreatif, hadiah bouquet, dan servis kenderaan ringan.

"Saya harap selepas ini, Kolej Komuniti akan terus menjadi destinasi pilihan segenap lapisan masyarakat biar apa pun latar belakangnya. Institusi ini mesti terus kita perkasakan Insya-Allah, saya memberi jaminan bahawa KPT tidak akan sama sekali membiarkan keadaan Kolej Komuniti merosot dan menjadi tidak kompetitif" ujar beliau lagi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2965
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 06 Disember 2024, 10:19:49.

logo-sirim