Program SULUNG Bantu Pelajar B40 Lanjut Pelajaran

Program SULUNG Bantu Pelajar B40 Lanjut Pelajaran

Ketika lawatan beliau ke USIM, YB Menteri turut berkesempatan untuk menyerahkan surat tawaran Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) kepada saudara Kaviarusu Linggam yang bakal menyambung pengajiannya dalam program Kejuruteraan Elektronik di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) nanti.

Program SULUNG adalah inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membantu anak daripada keluarga B40 yang menjadi individu pertama dalam keluarga tersebut melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Kaviarasu telah menerima sumbangan seperti komputer riba, wang tunai berjumlah RM1000 serta bakul makanan selain daripada surat tawaran kemasukan ke UniMAP.

Turut sama YBhg Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT, dan YBhg Prof. Dr. Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5528
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.