Proton Taja Kenderaan Sempena SUKIPT 2022

Proton Taja Kenderaan Sempena SUKIPT 2022

Penganjuran temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) edisi kelima yang akan berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mulai 12 hingga 21 Ogos ini telah menerima tajaan 10 buah kenderaan berjenama Proton.
YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT hari ini telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Tajaan Rakan Sukan yang berlangsung di perkarangan lobi KPT.
Untuk penganjuran SUKIPT kali ini, KPT turut menerima tajaan 3,550 pakaian rasmi untuk sukarelawan SUKIPT daripada Fexie Wear, penginapan Sekretariat daripada Scholar’s Suite dan 24,000 botol air Mineral daripada UPSI Holdings Sdn. Bhd. (USHB).
Hadir sama, YBhg. Datuk Dr. Pekan Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik, KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2765
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.