PUSPANITA KPT Anjur Sunathon Rai Upacara Khatan Beramai-ramai

PUSPANITA KPT Anjur Sunathon Rai Upacara Khatan Beramai-ramai

PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Biro Agama dan Kerohanian telah menganjurkan Program Sunathon KPT Tahun 2023, dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM).

Program Sunathon yang dianjurkan adalah program berbentuk tanggunjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility [CSR])yang diadakan setiap tahun oleh HCTM kepada komuniti khususnya kepada kumpulan rentan bandar.

Program yang berlangsung seawal jam 7.30 pagi ini turut disertai oleh Ronald McDonalds Charity House Malaysia bagi menambahkan lagi keceriaan anak-anak yang menyertai majlis berkhatan beramai-ramai dengan menaja makanan dan hiasan di majlis tersebut.

YBhg. Datin Seri Rosni Omar selaku Penaung PUSPANITA Cawangan KPT telah menyempurnakan majlis perasmian sebelum acara berkhatan dimulakan.

Dalam ucapannya, beliau turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada HCTM serta Ronald McDonalds Charity House terhadap penganjuran program CSR seperti ini di mana ianya dapat memberikan manfaat khususnya kepada ahli PUSPANITA dan seterusnya membentuk dasar jaringan sosial antara pelbagai pihak dan masyarakat umum.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Datin Sabehah Hashim, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPT; YBrs. PM Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) HCTM; dan Encik Mohd Nasri Mohd Nordin, Pengurus Besar, Ronald McDonald House Charity (RMHC) Malaysia.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1770
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.