Semalam Minggu Pendidikan Ekspo 2020 Dubai diteruskan dengan terjalinnya lagi beberapa kerjasama bagi memperkasakan pendidikan negara.

Semalam Minggu Pendidikan Ekspo 2020 Dubai diteruskan dengan terjalinnya lagi beberapa kerjasama bagi memperkasakan pendidikan negara.

Selain itu, turut diadakan beberapa siri perkongsian bagi mempromosikan dan memperkenalkan pendidikan tinggi negara di persada antarabangsa.

Kementerian Pengajian Tinggi sebagai kementerian peneraju bagi Minggu Pendidikan Ekspo 2020 Dubai juga mahu menarik pelajar-pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di Malaysia dengan sasaran 250,000 pelajar pada 2025.

Tahniah diucapkan kepada semua delegasi yang terlibat. Diharap Malaysia terus menjadi pilihan bagi hab pendidikan di persada dunia.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3291
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 30 April 2024, 23:06:49.