Semarak Siswa Madani Sabah: 8 Calon Pelajar Di Lahad Datu Terima Surat Tawaran Ke IPTA

Semarak Siswa Madani Sabah: 8 Calon Pelajar Di Lahad Datu Terima Surat Tawaran Ke IPTA

Seramai enam (6) orang calon pelajar di daerah Lahad Datu menerima surat tawaran memasuki Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang telah diserahkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal sempena Majlis Penutupan Program Semarak Siswa Madani Sabah hari ini.

Dilangsungkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sepagaya, majlis yang dihadiri oleh para pelajar sekolah tersebut telah diisi dengan pelbagai aktiviti bermanfaat demi menarik minat mereka ke menara gading.

Lahad Datu merupakan destinasi keenam kembara ini yang bertujuan untuk menyantuni para pelajar sekolah, calon pelajar serta masyarakat di Sabah melalui empat (4) komponen pelaksanaan Program Semarak Siswa Madani iaitu KPT Prihatin Madani, Student for Society (S4S), Knowledge Transfer Program @ Komuniti, dan TVET @ Komuniti Madani.

Selesai di SMK Sepagaya, YB Timbalan Menteri turut menemui dua (2) orang lagi calon pelajar di situ bagi menyerahkan surat tawaran ke IPTA.

Kelapan-lapan pelajar tersebut turut menerima Wang Pendahuluan Pelajar berjumlah RM1,500 daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berserta bakul rahmah dan kelengkapan ke asrama sumbangan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Esok, kembara akan ke Kota Kinabalu bagi menyantuni beberapa orang calon pelajar di situ.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3129
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 06 Disember 2024, 10:19:49.

logo-sirim