Sesi Sidang Video Antara YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT Dengan PYT Dr. Petra Ponevács-Pana, Duta Besar Hungary Ke Malaysia

Sesi sidang video antara YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT dengan PYT Dr. Petra Ponevács-Pana, Duta Besar Hungary ke Malaysia telah diadakan pada 14 Januari 2021. Semasa sesi sidang video tersebut berlangsung, kedua-dua buah negara telah membincangkan mengenai kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan tinggi. Antara perkara yang telah dibincangkan adalah mengenai pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), mobiliti pelajar, pertukaran pelajar dan akademia serta penawaran biasiswa kepada pelajar Malaysia. Sesi sidang video berkenaan turut disertai oleh YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar); Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK); YBrs. Prof. Dr. Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa); YBhg. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Penasihat Undang-Undang dan pegawai-pegawai kanan KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7596
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 21:15:17.