Timbalan Menteri Melakukan Lawatan Kerja Sehari Ke Sabah

Timbalan Menteri Melakukan Lawatan Kerja Sehari Ke Sabah

YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menyampaikan ceramah bertajuk “Kepimpinan Dalam Era IR 4.0” kepada para pemimpin pelajar sempena lawatan kerja beliau ke UiTM Cawangan Sabah kampus Kota Kinabalu hari ini.

Terdahulu, beliau diberikan taklimat mengenai operasi UiTM Cawangan Sabah oleh YBhg. Datuk Profesor Madya Dr. Hj. Abdul Kadir Hj. Rosline, Rektor, UiTM Cawangan Sabah.

UiTM Cawangan Sabah ditubuhkan pada 1973 dengan 159 pelajar. Ia kini mempunyai dua kampus iaitu di Kota Kinabalu dan Tawau dengan jumlah pelajar seramai 5,461 orang.

YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal turut menyerahkan bantuan laptop kepada pelajar-pelajar UiTM Cawangan Sabah kampus Kota Kinabalu daripada kumpulan B40 pada majlis tersebut.

Timbalan Menteri kemudiannya menunaikan solat Maghrib bersama pelajar dan warga UiTM di Dewan Al-Bukahri, Ujana Sarjana UiTM sebelum ke Masjid Kota Kinabalu untuk solat Isyak & Solat Tarawih.

Sebelum itu, sejurus tiba dari Kuala Lumpur, beliau terus ke Taman Jaya Diri, Sepanggar untuk mengedarkan bubur lambuk yang disediakan oleh pelajar-pelajar UiTM, kepada masyarakat setempat bagi menyemarakkan sambutan bulan Ramadan.

Turut hadir ialah En Azhar Khan bin Datuk Babil Zaman, Pengerusi Society Empowerment and Economic Development Sabah (SEEDS).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4342
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:19:27.