Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura Adakan Kunjungan Hormat Kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura Adakan Kunjungan Hormat Kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura, Tuan Shivakumar Nair di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Putrajaya hari ini.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk membincangkan bidang kerjasama yang berpotensi dalam bidang pendidikan tinggi antara Singapura dan Malaysia serta perkembangan ruang pendidikan tinggi antara kedua-dua negara.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan mengenai hubungan dua hala dan pengukuhan kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi antara institusi pendidikan tinggi di Malaysia dan Singapura.

Hadir sama dalam sesi ini ialah Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPT, YBhg. Datin Noorazah Omar dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Puan Nor Zalfarita Muhammad Nor. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 548
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 03 Mei 2024, 17:19:48.