TKSU PP Terima Kunjungan Hormat Delegasi Kerajaan Negeri Sarawak, Bincang Isu Pembangunan IPT

TKSU PP Terima Kunjungan Hormat Delegasi Kerajaan Negeri Sarawak, Bincang Isu Pembangunan IPT

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi, YBrs. Mohamad Azhan bin Md. Amir telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi & Pembangunan), YBhg. Datu Dr. Muhammad Abdullah Haji Zaidel siang tadi.

Dalam pertemuan ringkas berkenaan, pelbagai isu dibincangkan kedua-dua mereka dengan isu pembangunan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) menjadi fokus utama terutama di Negeri Sarawak.

Terdapat 15 buah IPT di bawah kendalian KPT di Sarawak dengan merangkumi tiga (3) buah UA (kampus induk dan cawangan), tiga (3) Politeknik, dan tujuh (7) Kolej Komuniti. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 338
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.