UMS Jalin Kerjasama Dengan Yildiz Technical University

UMS Jalin Kerjasama Dengan Yildiz Technical University

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah menyaksikan Majlis Pemeteraian MoU antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) an Yildiz Technical University (YTU) di sini.

MoU ditandatangani Prof. Datuk ChM. Ts. Dr Yap Yun Hin, Naib Canselor UMS dan Prof. Dr. Tamer Yilmaz, Rektor YTU.

Kerjasama antara UMS dan YTU akan dilaksanakan melalui aktiviti pertukaran pelajar dan kakitangan, projek penyelidikan dan penganjuran aktiviti pembangunan kokurikulum seperti persidangan akademik, syarahan, kursus, latihan pendek, seminar dan simposium.

Selain itu, delegasi KPT turut dibawa melawat fasiliti di sekitar kampus yang dibina sejak tahun 1911 itu dan turut berkesempatan beramah mesra bersama pelajar-pelajar YTU.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3783
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 18:41:18.